perjalanan praktikum.

Alhamdulillah....sudah 10 minggu saya berjuang dalam mengharungi praktikum di sek. kebangsaan gelang patah.masih  ada 4 minggu perjuangan yang harus saya tempuhi walaupun saya telah diselia oleh pensyarah.Saya amat berterima kasih kepada semua yang telah banyak membantu dan memberi kerjasama kepada saya terutama kepada guru besar,En. Sungkono bin AHamid yang tidak keberatan untuk menerima saya sebagai guru pelatih di sekolah keb gelang patah,Pn Rosalita yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mengambil alih subjek BAHASA MELAYU TAHUN 4 MUTIARA,guru-guru skgp yg banyak memberi bantuan kepada saya,pensyarah pembimbing yang bnyk memberi tunjuk ajar dalam penyediaan RPH dan idea2 yang berguna ,rakan-rakan,keluarga dan suami tercinta yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya....terima kasih di atas segala pengorbanan dan bantuan yang diberikan...semoga  jasa  baik yang kalian curahkan akan dibalas dengan kebaikan jua....sekian.

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum...kepada semua saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin.Di hari lebaran ini sama-samalah kita berdoa agar kehidupan kita ini sentiasa berada dalam kesejahteraan dan keberkatan dari Ilahi....

SELAMAT MENJALANI PRAKTIKUM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH....
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANI PRAKTIKUM FASA 2 kepada semua rakan di Pengajian Melayu yang akan bermula pada 28 Jun 2010.Sama-samalah kita berdoa agar dikurniakan kekuatan tidak kira dari segi mental,jasmani dan rohani oleh Allah SWT.Semoga kejayaan akan menjadi milik kita.Kepada pensyarah-pensyarah yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan,terima kasih yang tidak terhingga diucapkan.Semoga sentiasa berada di dalam rahmat Allah SWT...Amin...Kepada rakan-rakan seperjuangan SELAMAT MAJU JAYA dan ribuan kemaafan dipohon di atas segala kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan.Sekian ,wassalam.

SELAMAT MENJALANI PRAKTIKUM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH....
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANI PRAKTIKUM FASA 2 kepada semua rakan di Pengajian Melayu yang akan bermula pada 28 Jun 2010.Sama-samalah kita berdoa agar dikurniakan kekuatan tidak kira dari segi mental,jasmani dan rohani oleh Allah SWT.Semoga kejayaan akan menjadi milik kita.Kepada pensyarah-pensyarah yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan,terima kasih yang tidak terhingga diucapkan.Semoga sentiasa berada di dalam rahmat Allah SWT...Amin...Kepada rakan-rakan seperjuangan SELAMAT MAJU JAYA dan ribuan kemaafan dipohon di atas segala kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan.Sekian ,wassalam.

REFLEKSI SEM.4

NAMA:HAMIZAH BINTI RAMLI
ALAMAT BLOG: hamizahramli.bolgspot.com
KURSUS:KDPM-KDC-JAJ AMBILAN MEI 2007
REFLEKSI
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…
Alhamdulillah ,bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahNya serta izinNya saya telah mencuba sedaya upaya saya untuk menghasilkan satu tugasan yang amat mencabar ini.Walaupun pada awalnya banyak halangan yang telah saya hadapi dalam usaha menyahut cabaran membina laman web ini, saya rasa berpuas hati kerana dalam tugasan ini saya perlu mengorbankan banyak masa kerana saya menyedari bahawa saya bukanlah tergolong dalam orang yang dianggap berkemahiran dalam penggunaan ICT .
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan pensyarah saya,Dr Haji Kamarudin bin Abu Hasan kerana dengan kepercayaannya kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain untuk melaksanakan tugasan yang pada awalnya saya rasa mustahil mampu melakukannya.Tetapi,dengan berkat kesungguhan daripada beliau dalam mencurahkan ilmunya kepada kami dan demi tidak mensia-siakan anugerah yang diberikan, saya berusaha melaksanakan amanah yang diberi.
Semasa menerima arahan tugasan ini saya tidak dapat membayangkan bagaimanakah harus saya melaksanakan tugasan ini kerana saya tidak mahir dalam penggunaan ICT ini.Setelah tamat interaksi pada Disember 2009 yang lalu,kami pulang kepangkuan keluarga masing-masing dengan membawa satu tugasan yang pada saya ia dianggap suatu yang mencabar.Saya sibuk dengan tugas dan rutin harian sehingga tidak berkesempatan untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan kepada tugasan yang sedia menanti lebih-lebih lagi setelah sesi persekolahan telah bermula.
Menjelang bulan Februari,saya cuba menghubungi rakan –rakan yang lain bagi membincangkan tentang tugasan yang telah diberi.Masing-masing masih tercari-cari seseorang yang berkemahiran dalam ICT ini untuk membantu saya dan rakan –rakan bagi melaksanakan tugasan ini.Sebenarnya,hampir sepuluh orang yang saya temui untuk memberikan sedikit tunjuk ajar mengenai “laman web” ini semuanya memberikan jawapan yang mengecewakan.Saya tidak putus asa dan cuba menghubungi seorang lagi rakan yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di IPGM,Melaka ini.Akhirnya saya berjaya menghubunginya setelah berkali-kali mencuba.Betapa gembiranya hati saya setelah mendapat jawapan yang menggembirakan daripada beliau.Kebetulan rakan saya ini sedang membuat laman web untuk sekolahnya sendiri.Beliau tidak keberatan untuk memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dan rakan-rakan yang lain.Selepas itu,saya cuba mengaturkan satu pertemuan dengan beliau bersama tiga orang rakan yang lain.Kami tidak melepaskan peluang keemasan yang ada ini untuk menambahkan lagi ilmu dalam pembinaan tugasan ini.
Oleh kerana sibuk dengan urusan masing –masing,pertemuan hanya dapat dibuat sebanyak 2 kali sahaja.Pertemuan itulah yang kami gunakan sebaik-baiknya untuk menimba pengetahuan dan melengkapkan lagi tugasan yang telah disediakan sebelum ini.Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana kesudiannya melapangkan masa untuk membantu saya dan rakan-rakan yang lain dalam menghasilkan tugasan ini.Beliau yang saya maksudkan ialah Pn.Norazlin binti Norsani.Segala jasa baik yang diberikan akan saya kenang,semoga kebaikan itu Allah sahaja yang dapat membalasnya,Amin…
Kehendak tugasan yang diberikan bagi diri saya amat mencabar.Lebih-lebih lagi dengan kekangan masa yang saya hadapi di mana hendak menunaikan tanggung jawab kepada keluarga,kerjaya dan masa depan.Namun ,ini semua tidak boleh saya jadikan alasan bagi saya untuk mengambil jalan mudah terhadap tugasan yang telah diamanahkan.Setelah usaha yang dilakukan membuahkan hasilnya ,saya merasakan ini sebagai satu hadiah yang tidak ternilai buat saya.Masakan tidak,pada awalnya saya merasakan ia suatu yang mustahil untuk saya melakukannya.Saya berpuas hati dengan apa yang telah saya capai ini dan berazam akan meneruskan lagi usaha dalam penambahbaikan laman web saya yang serba kekurangan ini.
Saya menyedari penggunaan ICT pada zaman sekarang adalah satu keperluan pada setiap individu kerana ia dapat memudahkan lagi komunikasi di antara satu sama lain.Selain itu,ia juga dapat memberikan input yang berguna kepada orang lain samaada secara langsung atau tidak.
Akhir sekali ,saya ingin mengucapkan setinggi –tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini.Semoga setiap yang baik itu akan terus berkekalan dan segala kekurangan itu dijadikan batu asas untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W :”Barangsiapa yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu Insya Allah ia akan memperolehi apa yang dihajatinya”
Sekian ,terima kasih.

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU TAHUN 4

Tarikh : 28 Jun 2010 (Isnin)
Masa : 9.25 pagi – 10.25 pagi
Tahun : 4 Mutiara
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Hargai Warisan Kita
Tajuk : Ketupat
Hasil Pembelajaran
Fokus Utama :9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada
bahan yang didengar atau dibaca.

Aras 2(i)
Mencatat nota dalam bentuk grafik.

Fokus Sampingan :5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan
dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami
perkara yang dibaca.

Aras 1(ii)
Menceritakan isi bahan yang dibaca.

8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai.

Aras 1(i)
Memilih dan mengenal pasti penanda wacana yang terdapat
dalam teks yang dibaca.

Objektif

Pada akhir pelajaran,murid-murid dapat:

1.Menulis cara-cara membuat ketupat dalam bentuk carta alir (pengurusan grafik).
2.Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul .
3.Menyatakan cara-cara membuat ketupat berdasarkan teks yang dibaca.
4.Mengenalpasti penanda wacana yang terdapat dalam petikan.

Sistem bahasa

-Tatabahasa (i)Tanda baca
(ii)Imbuhan
(iii)Penanda wacana
Pengisian kurikulum

-Ilmu (i)Kebudayaan
(ii)Kajian Tempatan
-Nilai murni (i)kebersihan
(ii)Amalan tradisi

Kemahiran bernilai tambah (i)kemahiran berfikir
(ii)kajian masa depan
(iii)Kecerdasan pelbagai (muzik)

Sumber/Bahan bantu mengajar (i)Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4
(ii)Komputer riba
(iii) Lembaran kerja

PESANAN IBU

CIKGU MENGAJAR NEGATIF

PENILAIAN SUMATIF

PENILAIAN SUMATIF


Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum.


CIRI-CIRI
1. Lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran.
2. Untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan. 
Langkah-langkah membentuk ujian sumatif:


1. Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan
objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi
memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang
diperolehi.


2. Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap
item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.


3. Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang
sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya.
Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif.
Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi.


4. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat
mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.


5. Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam
menjawab setiap soalan yang dikemukakan.


6. Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi
memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta
dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.


7. Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item,
daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta
memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

MINIT MESYUARAT



FORMAT MINIT MESYUARAT
MINIT MESYUARAT.....................................
(Catatkan nama mesyuarat)
Bil..... Tahun..........
(Catatkan nombor bilangan mesyuarat dan tahun)


Tarikh : ……… .
Masa : ………..
Tempat : ……….


HADIR
(Senaraikan nama ahli-ahli yang menghadiri mesyuarat berkenaan, bermula dengan nama Pengerusi mesyuarat. Susunan nama ahli-ahli mesyuarat yang hadir hendaklah mengikut kekananan.)



pantun

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
**********
Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat
**********
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
**********
Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah
**********
Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Kalau kering laut Melaka
Barulah saya lupakan tuan
**********
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
**********
Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi
**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
**********

Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu
**********
Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati
**********
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu
**********
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh
**********
Laksamana berempat di atas pentas
Cukup berlima dengan gurunya
Bagaikan dakwat dengan kertas
Sudah berjumpa dengan jodohnya
**********
Membeli papan di tengah pekan
Papan kecil dibuat tangkal
Mengapa umpan ikan tak makan
Adakah kail panjang sejengkal
**********
Rumah limas anjung Selatan
Bunga kemuning tumbuh di laman
Tangkainya emas bunganya intan
Bolehkah ranting hamba patahkan
**********
Tumbuh betik di tepi laman
Pokok berangan pokok teruntum
Sungguh cantik bunga di taman
Bolehkah gerangan petik sekuntum
**********

Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang
**********
Baik-baik menanam selasih
Jangan menimpa sipohon sena
Baik-baik memilih kekasih
Jangan sampai badan merana
**********
Baik-baik mengail tenggiri
Takut terkena siikan parang
Baik-baik merendah diri
Jangan menjadi hamba orang
**********
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat janganlah lupa
**********
Buah mangga melendur tinggi
Buah kuini berangkai tiga
Hidup kita tidur dan mati
Sudah mati baru terjaga
**********
Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau
**********
Budak-budak bermain tombak
Tombak diikat dengan rantai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
**********
Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya
**********

Hari panas mencucuk benang
Benang menjahit baju kebaya
Air jernih lubuknya tenang
Jangan disangka tiada buaya
**********
Kalau tahu peria tu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta tu sakit
Tidak ku mulai dari semula
**********
Kalau tuan pergi ke Kelang
Belikan saya semangkuk rojak
Jangan diturut resmi kiambang
Sungguhpun hijau akar tak jejak
**********
Pisang kelat digonggong helang
Jatuh ke lubuk di Indragiri
Jika berdagang di rantau orang
Baik-baik menjaga diri
**********
Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu
**********
Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh
**********
Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang
**********
Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya
**********

Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidak ku lupa pada yang kasih
**********
Kajang tuan kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang hamba terbuang lalu
**********
Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
manis lagi senyuman tuan
**********
Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai
**********
Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan
**********
Burung Merak terbang ke laut
Sampai ke laut mengangkut sarang
Sedangkan bah kapal tak hanyut
Inikan pula kemarau panjang
**********
Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas
**********
Dalam perlak ada kebun
Dalam kebun ada tanaman
Dalam gelak ada pantun
Dalam pantun ada mainan
**********

Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri
**********
Dari teluk pergi pangkalan
Bermain di bawah pohon kepayang
Saya umpama habuk di papan
Ditiup angin terbang melayang
**********
Daun selalsih di Teluk Dalam
Batang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam
Mata terlepas badan terkurung
**********
Orang Melayu naik perahu
Sedang berdayung hujan gerimis
Hancur hatiku abang tak tahu
Mulut tertawa hati menangis
**********
Orang tani mengambil nipah
Hendak dibawa ke Indragiri
Seluruh alam ku cari sudah
Belum bersua pilihan hati
**********
Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga
**********
Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata mu jangan dibuang
**********
Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan tuan
**********

Limau purut lebat di pangkal
Batang mengkudu condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang rindu apa ubatnya
**********
Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Rindu di hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh
**********
Ku sangka nanas atas permatang
Rupanya durian tajam berduri
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari
**********
Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berbau
**********
lembing atas tangga
perisai atas busut
kening atas mata
misai atas mulut
**********
anak ikan dipanggang sahaja
hendak dipindang tidak berkunyit
anak orang dipandang sahaja
hendak dipinang tiada berduit
**********
saya tak hendak berlesung pauh
lesung pauh membuang padi
saya tak hendak bersahabat jauh
sahabat jauh merisau hati
**********
burung serindit terbang melayang
singgah dihinggap di ranting mati
duit ringgit dipandang orang
jarang dipandang bahasa budi
**********

batu sangkar batu berpahat
terpahat nama raja bestari
makanan arif, kias ibarat
pantun seloka, ulam jauhari
**********
daun durian jatuh tercampak
lopak-lopak isi selasih
tujuh tahun dilambung ombak
tiada kulupa hati yang kasih
**********
Anak Cik Siti mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Di dalam hati tidakkan lupa
Bagai rambut tersimpul mati
**********
Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Hujan ribut padang terbakar
Embun setitik padam apinya
**********
Puas saya bertanam ubi
Nanas jugak dipandang orang
Puas saya menabur budi
Emas juga dipandang orang
**********
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
rindu kini tiada penghujung
***********
Tinggi-tinggi pohon jati
Tempat bermain simanja sayang
Sungguh tinggi harga budi
Budi dibalas kasih dan sayang
**********
Bunga Tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Gelombang besar di laut dalam
Kerana Tuan saya kemari
**********

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
**********
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi
**********
Padi ini semumba-mumba
Daun kurma daun cempedak
Macam mana hati tak hiba
Entah bertemu entah tidak
**********
Permata jatuh ke rumput
Jatuh ke rumput berbilang-bilang
Dari mata tidakkan luput
Dalam hati tidakkan hilang
**********
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jujungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
**********
Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat pandai berlari
Biar buruk kain dipakai
Asal hidup pandai berbudi
**********
Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu
**********

Mendung si mega mendung
Mendung datang dari utara
Jangan selalu duduk termenung
Kalau termenung badan merana
**********
Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
Sahabat setia payah dicari
**********
Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak lalu
**********
Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galah sebatang
Ikhtiar tidak datang menggolek
Akal tidak datang melayang
**********
Siti Wan Kembang perintah Kelantan
Nama termasyhur zaman dahulu
Baik-baik memilih intan
Takut terkena kaca dan batu
**********
Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
**********
Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Tuan di sana saya di sini
Bagai pungguk rindukan bulan
**********
Gesek rebab petik kecapi
Burung tempua membuat sarang
Apa sebab jadi begini
Karam berdua basah seorang ?
**********

Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa putik pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan mengenang si dia yang jauh
**********
Kain batik negeri seberang
Dipakai anak Tanah Melayu
Apa ertinya kasih dan sayang
Kalaulah abang berjanji palsu
**********
Pantai Cendering pasirnya putih
Anak dagang berulang mandi
Apa disesal orang tak kasih
Sudah suratan diri sendiri
**********
Disana pauh di sini pun pauh
Daun mengkudu ditandungkan
Adinda jauh kekanda jauh
Kalau rindu sama tanggungkan
**********
Pulau Tinggi terendak Cina
Nampak dari Pulau Sibu
Abang pergi janganlah lama
Tidak kuasa menanggung rindu
**********
Putik pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Tuan jauh di negri satu
Hilang di mata di hati jangan

SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan.
1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna. Contohnya:

(a) ada angin:
-mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
-sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.

(b) anak buah:
-orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti ketua pejabat atau penghulu.
-anak saudara.

(c) langgar bahasa:
-bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar.
-tingkah laku atau kelakuan yang tidak sopan atau melanggar adat.

2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama. Contohnya:

Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.
muka talam, muka tebal, dan muka tembok.
Seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi perangai tidak senonoh atau jahat.
tua keladi, tua kutuk, dan tua lengkuas.

BAHASA MELAYU TAHUN 1

Tema :Haiwan
Tajuk :Berjalan-jalan di Zoo.

Petikan :

Melawat ke zoo.



Apabila kita melawat ke Zoo Negara,kita dapat melihat pelbagai jenis haiwan.Ada haiwan yang bersaiz besar dan ada yang bersaiz kecil.Contohnya harimau,singa,ular,katak,unta,rama-rama,gajah,kuda belang,dan sebagainya.Haiwan-haiwan ini cantik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri.Unta misalnya berbonggol di badan.Ular pula mempunyai badan yang bersisik.Rama-rama berkepak empat dan arnab bertelinga panjang.

Latihan.
Isi tempat kosong dalam ayat berpandukan teks.

1.Unta mempunyai badan yang _______________________________ .
2.Ular dan ikan mempunyai badan yang __________________________ .
3.Rama- rama _________________________ .
4.Arnab ____________________________ .

Cari Blog Ini

kalimah syahadah

Profil Saya

Foto saya
PERAMAH LAHIR PADA 3 NOVEMBER 1978.TELAH BERUMAHTANGGA DAN DIKURNIAKAN 4 0RANG CAHAYA MATA.KINI SEDANG BERKHIDMAT DI SEKOLAH AGAMA KENANGAN MORNI POK.

Waktu sekarang

Pengikut

statistik pengunjung

RUANGAN IMAN