PENILAIAN SUMATIF

PENILAIAN SUMATIF


Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum.


CIRI-CIRI
1. Lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran.
2. Untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan. 
Langkah-langkah membentuk ujian sumatif:


1. Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan
objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi
memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang
diperolehi.


2. Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap
item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.


3. Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang
sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya.
Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif.
Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi.


4. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat
mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.


5. Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam
menjawab setiap soalan yang dikemukakan.


6. Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi
memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta
dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.


7. Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item,
daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta
memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

kalimah syahadah

Profil Saya

Foto saya
PERAMAH LAHIR PADA 3 NOVEMBER 1978.TELAH BERUMAHTANGGA DAN DIKURNIAKAN 4 0RANG CAHAYA MATA.KINI SEDANG BERKHIDMAT DI SEKOLAH AGAMA KENANGAN MORNI POK.

Waktu sekarang

Pengikut

statistik pengunjung

RUANGAN IMAN