NAMA:HAMIZAH BINTI RAMLI
ALAMAT BLOG: hamizahramli.bolgspot.com
KURSUS:KDPM-KDC-JAJ AMBILAN MEI 2007
REFLEKSI
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…
Alhamdulillah ,bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahNya serta izinNya saya telah mencuba sedaya upaya saya untuk menghasilkan satu tugasan yang amat mencabar ini.Walaupun pada awalnya banyak halangan yang telah saya hadapi dalam usaha menyahut cabaran membina laman web ini, saya rasa berpuas hati kerana dalam tugasan ini saya perlu mengorbankan banyak masa kerana saya menyedari bahawa saya bukanlah tergolong dalam orang yang dianggap berkemahiran dalam penggunaan ICT .
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan pensyarah saya,Dr Haji Kamarudin bin Abu Hasan kerana dengan kepercayaannya kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain untuk melaksanakan tugasan yang pada awalnya saya rasa mustahil mampu melakukannya.Tetapi,dengan berkat kesungguhan daripada beliau dalam mencurahkan ilmunya kepada kami dan demi tidak mensia-siakan anugerah yang diberikan, saya berusaha melaksanakan amanah yang diberi.
Semasa menerima arahan tugasan ini saya tidak dapat membayangkan bagaimanakah harus saya melaksanakan tugasan ini kerana saya tidak mahir dalam penggunaan ICT ini.Setelah tamat interaksi pada Disember 2009 yang lalu,kami pulang kepangkuan keluarga masing-masing dengan membawa satu tugasan yang pada saya ia dianggap suatu yang mencabar.Saya sibuk dengan tugas dan rutin harian sehingga tidak berkesempatan untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan kepada tugasan yang sedia menanti lebih-lebih lagi setelah sesi persekolahan telah bermula.
Menjelang bulan Februari,saya cuba menghubungi rakan –rakan yang lain bagi membincangkan tentang tugasan yang telah diberi.Masing-masing masih tercari-cari seseorang yang berkemahiran dalam ICT ini untuk membantu saya dan rakan –rakan bagi melaksanakan tugasan ini.Sebenarnya,hampir sepuluh orang yang saya temui untuk memberikan sedikit tunjuk ajar mengenai “laman web” ini semuanya memberikan jawapan yang mengecewakan.Saya tidak putus asa dan cuba menghubungi seorang lagi rakan yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di IPGM,Melaka ini.Akhirnya saya berjaya menghubunginya setelah berkali-kali mencuba.Betapa gembiranya hati saya setelah mendapat jawapan yang menggembirakan daripada beliau.Kebetulan rakan saya ini sedang membuat laman web untuk sekolahnya sendiri.Beliau tidak keberatan untuk memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dan rakan-rakan yang lain.Selepas itu,saya cuba mengaturkan satu pertemuan dengan beliau bersama tiga orang rakan yang lain.Kami tidak melepaskan peluang keemasan yang ada ini untuk menambahkan lagi ilmu dalam pembinaan tugasan ini.
Oleh kerana sibuk dengan urusan masing –masing,pertemuan hanya dapat dibuat sebanyak 2 kali sahaja.Pertemuan itulah yang kami gunakan sebaik-baiknya untuk menimba pengetahuan dan melengkapkan lagi tugasan yang telah disediakan sebelum ini.Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana kesudiannya melapangkan masa untuk membantu saya dan rakan-rakan yang lain dalam menghasilkan tugasan ini.Beliau yang saya maksudkan ialah Pn.Norazlin binti Norsani.Segala jasa baik yang diberikan akan saya kenang,semoga kebaikan itu Allah sahaja yang dapat membalasnya,Amin…
Kehendak tugasan yang diberikan bagi diri saya amat mencabar.Lebih-lebih lagi dengan kekangan masa yang saya hadapi di mana hendak menunaikan tanggung jawab kepada keluarga,kerjaya dan masa depan.Namun ,ini semua tidak boleh saya jadikan alasan bagi saya untuk mengambil jalan mudah terhadap tugasan yang telah diamanahkan.Setelah usaha yang dilakukan membuahkan hasilnya ,saya merasakan ini sebagai satu hadiah yang tidak ternilai buat saya.Masakan tidak,pada awalnya saya merasakan ia suatu yang mustahil untuk saya melakukannya.Saya berpuas hati dengan apa yang telah saya capai ini dan berazam akan meneruskan lagi usaha dalam penambahbaikan laman web saya yang serba kekurangan ini.
Saya menyedari penggunaan ICT pada zaman sekarang adalah satu keperluan pada setiap individu kerana ia dapat memudahkan lagi komunikasi di antara satu sama lain.Selain itu,ia juga dapat memberikan input yang berguna kepada orang lain samaada secara langsung atau tidak.
Akhir sekali ,saya ingin mengucapkan setinggi –tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini.Semoga setiap yang baik itu akan terus berkekalan dan segala kekurangan itu dijadikan batu asas untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W :”Barangsiapa yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu Insya Allah ia akan memperolehi apa yang dihajatinya”
Sekian ,terima kasih.
REFLEKSI SEM.4
Dicatat oleh
HAMIZAH RAMLI
Selasa, 8 Jun 2010
0 ulasan:
Catat Ulasan